Pages

Monday 16 May 2016

RESEPI MARUKU LETOP

Bahan-bahan:

300g tepung pulut
200g tepung kacang dhal
1 sudu besar serbuk cili
½  sudu besar garam halus
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar gula
2 biji telur
60g mentega yang dicairkan
100g udang kering dibersihkan dan kisar halus
250ml santan
1kg minyak masak untuk menggoreng

Cara penyediaan:

1.  Satukan bahan-bahan kering dan gaul sebati. Masukkan mentega cair dan telur. Gaul sebati

2. Masukkan sedikit demi sedikit santan cair gaul lagi hingga jadi doh lembut doh ni tak lekat kat tangan.

3. Panaskan minyak masak. Ramas2 daun kari masuk dlm minyak panas tadi biar bau kari tu  melekat pada maruku kita nanti.

4. Masukkan adunan dalam acuan maruku dan goreng hingga kekuningan

Tips:
Guna minyak sawit (contoh: Alif/Saji) untuk dapatkan maruku yang wangi dan rasa lebih sedap.

No comments:

Post a Comment