Pages

Monday 16 May 2016

RESEPI MARUKU CHEESE

MARUKU CHEESE

Bahan-bahan:

500 gm Tepung Pulut
250 gm Cream Cheese
100 gm Cheddar Cheese (diparut)
100 gm gula aising
2 biji Telur
1 sudu besar Susu Tepung
90 gm air

1kg Minyak canola/sunflower untuk menggoreng

Cara penyediaan:

1. Gaul semua bahan kering dan ramas-ramas cheese biar sebati dengan tepung.

2. Tambahkan 90 gm air sedikit demi sedikit sambil gaul dengan tangan.

3. Gaul rata hingga adunan tidak melekat di tangan.

4. Masukkan dalam acuan maruku dan goreng pada api sederhana.

RESEPI MARUKU LETOP

Bahan-bahan:

300g tepung pulut
200g tepung kacang dhal
1 sudu besar serbuk cili
½  sudu besar garam halus
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar gula
2 biji telur
60g mentega yang dicairkan
100g udang kering dibersihkan dan kisar halus
250ml santan
1kg minyak masak untuk menggoreng

Cara penyediaan:

1.  Satukan bahan-bahan kering dan gaul sebati. Masukkan mentega cair dan telur. Gaul sebati

2. Masukkan sedikit demi sedikit santan cair gaul lagi hingga jadi doh lembut doh ni tak lekat kat tangan.

3. Panaskan minyak masak. Ramas2 daun kari masuk dlm minyak panas tadi biar bau kari tu  melekat pada maruku kita nanti.

4. Masukkan adunan dalam acuan maruku dan goreng hingga kekuningan

Tips:
Guna minyak sawit (contoh: Alif/Saji) untuk dapatkan maruku yang wangi dan rasa lebih sedap.

Saturday 9 January 2016

APPLESAUCE

4 biji epal merah, buang kulit dan biji serta dicincang
3/4 cawan air
1/4 cawan gula prai
1/2 sk serbuk kayu manis

CARA MEMASAK

1) Satukan epal, air, gula dan serbuk kayu manis ke dalam periuk bertutup. Masak selama 15-20 minit pada api kecil atau sehingga epal menjadi agak lembut.
2) Sejukkan sos dan lenyekkan guna garfu atau pelenyek pisang. Boleh juga jika ingin dikisar.
3) Simpan dalam botol kaca yang telah direbus. Boleh bertahan sehingga sebulan dalam peti sejuk untuk kegunaan resepi lain.

KEK KURMA EPAL

KEK KURMA
250 g mentega
200g gula putih
200g gula perang
3 biji telur
250ml buttermilk
125g kurma } dibuang biji dan cincang
125g kacang walnut } dicincang
1 sb applesauce*
1 sk parutan kulit lemon/oren
500 g tepung tanpa peluntur
1 sk baking powder
1 sb esen vanilla
1 sk garam
Cara memasak:
1) Pukul mentega dan kedua-dua gula. Masukkan telur satu persatu
2) Ayak tepung dengan baking powder. Kemudian masukkan ke dalam adunan mentega, dimulakan dengan tepung, diikuti buttermilk dan seterusnya hingga habis. Kaup adunan sebati.
3) Masukkan applesauce, kurma dan kacang walnut serta parutan kulit lemon/oren. Kaup semula sehingga sebati
4) Griskan loyang bersaiz 8" dan bakar selama 50-60 minit, sehingga kek masak sepenuhnya
**DAPATKAN RESEPI APPLESAUCE DI SINI


SELAMAT MENCUBA!


#tastybake
#seharisaturesepi

Saturday 19 December 2015

Kek Mini Karamel Cheese

1/2 cawan biskut masin (salted cracker). Saya guna jenama Julie's
1 sudu besar gula perang
2 sudu besar mentega (dicairkan)
12 oz Krim Keju pada suhu bilik
1/2 cawan gula
1 biji telur (gred B)
Sos karamel
1 sudu besar susu UHT

Caranya:

* Panaskan oven pada suhu 170°C
* Masukkan biskut ke dalam food processor atau hancurkan secara manual (masuk dalam plastik zip lock dan ketuk guna rolling pin)
* Campurkan biskut hancur dengan gula perang dan mentega cair. Tekan adunan ke dalam bahagian muffin pan yang telah diisi dengan cawan kek.
* Pukul krim keju dan gula sehingga berkrim.
* Masukkan telur satu persatu hingga sebati.
* Sudukan adunan keju ke atas adunan biskut tadi.
* Bakar selama 15minit pada suhu 170°C atau sehingga lidi pencucuk bersih bila dikeluarkan pada tengah kek.
* Sejukkan kek sepenuhnya sebelum simpan dalam peti sejuk selama sejam.
* Sementara itu, sediakan sos karamel. Panaskan pes karamel dan susu bercampur dengan garam dengan teknik double boiler.
* Masak sehingga karamel betul-betul cair sambil kacau sentiasa.
* Biarkan karamel sejuk. Tuang 1 sudu kecil karamel ke atas kek mini keju dan taburkan sedikit garam. Sejukkan semula kek.
* Sedia untuk dihidang.

Tuesday 27 December 2011

Apam Polka Dot

Cubaan pertama masak apam polka dot. Kita cuba pula design yang lebih comel, Ladybird.
Mari cuba resepi apam polka dot yang sangat mudah & murah. 

Bahan-bahan

Menghasilkan 15-20 biji apam

Bahan-bahan

 3 biji           Telur ayam (saya guna telur omega 3 sebab kurang hanyir)
275gm        Tepung Gandum tanpa Peluntur
220gm        Gula putih (castor sugar pun boleh)
150ml          Susu Cair
3 sudu teh  Baking Powder
1 sudu teh  Ovalette (nama lain: SP Yellow/Stabilizer)
Filling: Strawberry/Blueberry/Kiwi/Pineapple atau apa saja mengikut citarasa
15-20 mangkuk kertas (cupcake) bersaiz nombor 7 atau 1oz
Acuan plastik atau kaca (bersaiz cawan teh cina. Saya guna acuan untuk kuih lompang)

Cara-cara memasak:

1)  Pukul telur & gula (sehingga gula larut) menggunakan mixer pada kelajuan medium atau nombor 2.
2) Ayak tepung & Baking Powder di dalam mangkuk berasingan. Gaul perlahan.
3) Masukkan sedikit campuran tepung ke dalam mangkuk mixer, berselang dengan susu. (Kalau masuk tepung terlalu banyak, akan menjadi sukar untuk sebati. Susu akan membantu untuk mencairkan campuran agar senang untuk sebatian)
4) Akhir sekali, masukkan ovalette dan kacau hingga sebati. Bancuhan akan menjadi warna putih.
5) Bahagi adunan mengikut warna yang dipilih. Jadi, saya bahagi kepada 3 bahagian yang diasingkan kedalam 3 mangkuk untuk dicampur dengan pewarna: hitam & pink. Warna putih tak perlu dicampur apa-apa pewarna.
6) Setelah campur dengan pewarna makanan, sendukkan 1/2 sudu (biasanya saya guna sudu makan) bancuhan berwarna pink ke dalam mangkuk kertas (cupcake) yang telah diletakkan kedalam acuan sebab mangkuk kertas lembik bila basah dikukus. =)
7) Masukkan sedikit (lebih kurang 1 sudu teh) filling dan seterusnya masukkan lagi 1/2 sudu makan bancuhan apam tadi sehingga 3/4 penuh mangkuk kertas.
8) Masukkan bancuhan yang lagi dua (bancuhan warna hitam & putih) ke dalam piping bag. Corakkan mengikut gambar-gambar dibawah. Kalau anda lebih kreatif lagi, silalah kongsi bersama.

Selamat mencuba...!

My first attempt to try apam polka dot. A sweet delicacies made popular for years. But this time, I tried to change the decoration to Ladybird...
A simple & cheap recipe for all.

Ingredients 

Yield: 15-20 pcs


Ingredients
 
 3               Large eggs (I used Omega 3 for less smell)
275gm       Wheat Flour
220gm       White sugar (can use castor sugar)
150ml        Evaporated milk
3 tsp         Baking Powder
1 tsp         Ovalette (nama lain: SP Yellow/Stabilizer)
Filling: Strawberry/Blueberry/Kiwi/Pineapple or any flavour as you like
15-20 paper cup (cupcake) size number 7 or 0.25oz
Plastic/ glass cup (chinese tea cup)

How-to:

1)  Beat eggs & sugar till dissolve at medium speed or number 2.
2) Sift flour & baking powder in another bowl. Mix gradually.
3) Add some dry mixture into mixer bowl, alternatively with evaporated milk.
4) Finally, add in ovalette & continue mixing till mixture smooth & creamy(about 3 minutes)
5) Divide mixture into 3 bowls. Each for a colour: Pink, Black & White (original mixture colour).
6) After adding colours, scoop (approximate 1/2 tsp) of coloured mixture into paper cup, placed in a plastic/glass cup (chinese tea cup)
7) Add in filling (about 1 tsp) and continue with previous mixture until 3/4 filled.
8) Fill black & white mixture in each piping bag. Decorate according to attached pictures.


Any creative design are most welcome to share. =)

Good Luck...!
1) Mula-mula letak bancuhan warna pink dulu. Lebih kurang dalam 3/4 penuh. Lepas tu buat garisan guna bancuhan warna hitam.
Fill cup with 3/4 full of pink colour mixture. Make line using black colour mixture.
2) Buat bentuk polkadot dengan garisan di bahagian tengah
Using black colour mixture, add some dotted shapes
 
3) Penuhkan bahagian atas untuk membentuk kepala
Fill the design to make head shape.

4) Buat bentuk bulat sebagai mata dengan bancuhan warna putih
Making the eyes

5) Letak anak mata pulak
Adding the cornea... :P


Dah siap nak kukus. 10 minit saja ye. Kalau lama sangat, nanti titisan air pada penutup periuk kukus akan menitis pada apam & akan melembikkan kuih
Steam for 10 minutes only. Droplets from pan cover will destroy the apam.
Siap untuk dimakan...! =)
Yummylicious..!!